• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

30 October 2026
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

20 November 2026
Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

20 November 2026
IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

20 November 2026
Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

20 November 2026
Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

20 November 2026
Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

20 November 2026
Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

20 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

20 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Sunday, 22 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Harga Minyak Jatuh, Pasaran Nantikan Damai AS-Iran

    Minyak Tertekan Oleh Lebihan Bekalan, Ancaman Serangan Iran Lonjak 0.8%

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Pasaran Tergamam! Pegawai Fed Buka Pintu Kenaikan 0.50%?

    Waller Gesa Kenaikan Fed 50 Mata Asas : Adakah Pasaran Bersedia?

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Ekonomi Australia Makin Perlahan, RBA Beri Isyarat Mengejut 

    Pekerjaan Australia Susut 43,500, Dolar Aussie ditekan Pengangguran Tertinggi Lima Tahun

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Matawang Rupiah Jatuh ke Paras Terendah Krisis Kewangan Asia 1998

    Indonesia Naikkan Kadar Faedah Kepada 6%, Mahu Stabilkan Rupiah

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

    Pasaran Kripto Kembali Berdarah ‘Parah’! Pasaran Harapkan Fed Segera Ambil Tindakan

    Pelabur Alih Dana ke IPO AI, Adakah Bitcoin Bakal Ulang Corak Lama?

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bon Lebih Menarik, Bitcoin Merosot: Apa Yang Mengubah Sentimen Pasaran?

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

    Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

    Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

    Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Sunway Healthcare, Petronas Gas dan CelcomDigi Catat Untung Lebih Tinggi

    Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

    India Rancang Rangkaian 1,600 Satelit Untuk Saingi Starlink

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Anthropic Raih AS$81.3 Bilion Dalam IPO, Harga Saham AS$83

    Jualan 99 Speedmart Dijangka Melonjak Selepas Lanjut Waktu Operasi – CIMB Securities

    3,217 Cawangan 99 Speed Mart Bawa Untung Bersih RM189.78 Juta

    Gamuda Menang Kontrak RM4.3 Bilion Projek MRT Taiwan!

    Gamuda Raih Kontrak MRT RM2.61 Bilion di Taiwan

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Kripto

BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

Team INTRADAY by Team INTRADAY
30 October 2026
in Kripto
0
BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang
276
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Bitcoin menjunam di bawah AS$78,000 susulan kebimbangan isu keselamatan Binance yang mencetuskan tekanan jualan dalam pasaran kripto.

Sementara itu, XRP turut merosot walaupun Ripple memberikan prospek pertumbuhan perniagaan yang positif, termasuk sasaran pendapatan tahunan AS$900 juta menjelang akhir 2026.

Bitcoin Menjunam, Pasaran Kripto Terus Dibadai Tekanan Jualan

Bitcoin menjunam di bawah paras AS$78,000 pada Jumaat apabila kebimbangan terhadap kemungkinan insiden keselamatan melibatkan platform pertukaran kripto Binance mencetuskan gelombang jualan dalam pasaran aset digital.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$76,716 menyusut 1.39% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.

Mata wang kripto terbesar dunia itu merosot lebih 4% kepada sekitar AS$77,994.96, sekali gus melanjutkan kerugian selepas gagal mempertahankan paras psikologi AS$80,000.

Tekanan jualan turut merebak kepada aset kripto utama lain apabila Ethereum susut 4.84% kepada AS$2,247.45, manakala token BNB merosot 7.68% kepada AS$694.45.

Bagaimanapun, token Hyperliquid (HYPE) bergerak bertentangan dengan pasaran apabila melonjak 9.7% kepada AS$89.08.

Isu Keselamatan Binance Cetus Kebimbangan Pelabur

Sentimen pasaran semakin tertekan selepas beberapa syarikat kripto utama membekukan dana bernilai berbilion dolar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden keselamatan melibatkan Binance.

Circle dilaporkan membekukan lebih AS$800 juta dalam stablecoin USDC, manakala Tether menghentikan transaksi melibatkan lebih AS$1.5 bilion dalam USDT yang berpotensi dikaitkan dengan insiden tersebut.

Ripple turut membantu menghalang pemindahan dana bernilai AS$200 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan berkenaan.

Sementara itu, firma analisis blockchain Arkham Intelligence mengenal pasti hampir AS$6 bilion aset digital merentasi 55 alamat dompet yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Bagaimanapun, Binance masih belum mengesahkan secara rasmi bahawa platformnya telah digodam dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Pihak syarikat turut menegaskan bahawa dana pengguna kekal selamat, namun perkembangan
tersebut tetap mencetuskan kebimbangan baharu terhadap tahap keselamatan industri kripto.

XRP Merosot Walaupun Pendapatan Ripple Dijangka Cecah AS$900 Juta

Dalam perkembangan berasingan, harga XRP turut mengalami tekanan apabila susut sekitar 6.6% pada Khamis walaupun Ripple memberikan unjuran pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan.

Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada AS$1.2040 menyusut 2.50% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.

Ripple menjangkakan pendapatan tahunan berdasarkan kadar semasa daripada produk-produknya boleh mencapai AS$900 juta menjelang penghujung 2026.

Rangkaian pembayaran syarikat itu juga dijangka mencapai jumlah transaksi terkumpul sebanyak AS$150 bilion menjelang akhir tahun ini, dengan sokongan lebih 60 pasaran pembayaran antarabangsa.

Ketika ini, lebih 1,700 institusi kewangan, syarikat dan perusahaan menggunakan infrastruktur Ripple yang merangkumi pembayaran, penjagaan aset digital, stablecoin serta pengurusan perbendaharaan.

Perkembangan tersebut mencerminkan peningkatan penggunaan teknologi Ripple dalam sektor kewangan digital, meskipun harga XRP masih berdepan tekanan jualan.

Ripple Pertahan Peranan XRP Di Sebalik Pertumbuhan RLUSD

Pada masa sama, peningkatan nilai pasaran stablecoin RLUSD kepada AS$2.6 bilion turut mencetuskan perdebatan mengenai kepentingan XRP dalam ekosistem Ripple.

RLUSD dilaporkan mencatatkan pertumbuhan lebih 88% sejak awal tahun dan digunakan untuk penyelesaian pembayaran serta transaksi dalam pasaran aset digital.

Sesetengah pihak bimbang perkembangan RLUSD boleh mengurangkan keperluan terhadap XRP, namun Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Brad Garlinghouse, menolak pandangan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa RLUSD dan XRP mempunyai fungsi berbeza, dengan RLUSD berperanan sebagai stablecoin yang nilainya disandarkan kepada dolar AS, manakala XRP digunakan sebagai aset perantara bagi transaksi antara mata wang berbeza.

Menurut beliau, XRP terus memainkan peranan penting dalam pembayaran rentas sempadan kerana boleh digunakan sebagai aset penghubung antara pasangan mata wang yang berlainan.

Oleh itu, Ripple melihat kedua-dua aset tersebut sebagai saling melengkapi dalam ekosistem kewangannya, bukannya bersaing secara langsung.

INTRADAY OUTLOOK

BTCUSD chart by Saracen Markets

Pasaran kripto kini berdepan tekanan selepas kebimbangan terhadap keselamatan Binance mencetuskan gelombang jualan yang turut menjejaskan Bitcoin, Ethereum dan BNB.

Kegagalan Bitcoin bertahan di atas paras AS$80,000 meningkatkan risiko penurunan lanjut, khususnya jika sentimen negatif terhadap industri kripto terus berlarutan.

XRPUSD chart by Saracen Markets

Sementara itu, perkembangan positif perniagaan Ripple dan pertumbuhan RLUSD masih belum mencukupi untuk menghalang XRP daripada mengalami tekanan jualan.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada perkembangan siasatan Binance serta tahap keyakinan pasaran terhadap keselamatan platform dan aset digital secara keseluruhan.


Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?

Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.

Tekan link di bawah dan join sekarang.

👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+rQtA4_qQXAI5MDE1

Tags: binancebitcoinBTCUSDkriptoRipplexrpxrpusd
ShareTweetSend

Related Posts

Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Pasaran mata wang kripto global terus mengalami tekanan jualan berat pada hari Jumaat apabila Bitcoin menjunam 2.8% ke paras $61,999.4,...

Pasaran Kripto Kembali Berdarah ‘Parah’! Pasaran Harapkan Fed Segera Ambil Tindakan

Pelabur Alih Dana ke IPO AI, Adakah Bitcoin Bakal Ulang Corak Lama?

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Bilik-bilik dagangan aset digital terus diuji dengan gelombang turun naik yang ketara pada hari Khamis apabila Bitcoin gagal mempertahankan zon...

Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

by Team INTRADAY
18 November 2026
0

Bitcoin dan XRP terus berdepan tekanan jualan apabila kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah Fed melemahkan sentimen pasaran kripto. Bitcoin didagangkan...

Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

by Team INTRADAY
17 November 2026
0

Pasaran mata wang kripto terus berdepan tekanan jualan apabila Bitcoin merosot ke paras terendah sejak Ogos sekitar AS$62,000 pada hujung...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

20 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

0
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

0
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

0
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.