Ini Respon Tesla Pasal Isu Main Game Dalam Kereta

505

Lepas ni mungkin boleh main game semasa kendali roket ke Marikh.

Pembuat kereta eletrik, Tesla akan memberhentikan fungsi yang membenarkan pemandu memainkan pemainan video pada skrin sentuh kereta mereka ketika sedang memandu.

Tesla telah membuat keputusan tersebut ekoran Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Amerika Syarikat (AS) yang telah melakukan siasatan terhadap 580,000 unit kereta Tesla yang mula dijual sejak 2017.

Mememtik sumber dari jurucakap Tesla, mereka sedang melakukan kemas kini yang akan mengunci fungsi ‘Passenger Play’ dan memastikan fungsi tersebut dimatikan ketika kenderaan sedang bergerak.

Tambahnya lagi, mereka mengambil berat berkenaan isu yang digariskan oleh NHTSA selepas isu kemalangan kenderaan Tesla yang beroperasi dengan fungsi Autopilot.

Terdahulu, fungsi canggih kenderaan Tesla pernah mendapat perhatian apabila berlaku satu kemalangan maut berkenaan Autopilot di California pada 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat