Ini Rincian Kenyataan Philip Lowe Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi RBA

214

Seperti dijangkakan pasaran, Reserve Bank of Australia (RBA) hari ini memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan sasaran hasil bon tiga tahun pada 0.25% dalam mesyuarat polisi bagi bulan Julai.

Gabenor RBA, Philip Lowe memberitahu dalam kenyataan susulan, bahawa keadaan di pasaran kewangan telah bertambah baik, dengan volatiliti yang semakin berkurang dan peningkatan hutang dan ekuiti yang besar.

Pasaran bon kerajaan Australia juga berfungsi dengan baik dan bank pusat sudah lama tidak membeli bon kerajaan berikutan tekanan krisis coronavirus yang semakin berkurangan, menurut Lowe.

RBA bersedia untuk meningkatkan lagi pembelian bon dan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan pasaran bon tetap berfungsi dan sasaran hasil bon tiga tahun kekal pada tahap semasa.

Selain itu, RBA juga komited untuk tidak meningkatkan kadar faedah sehingga terdapat perkembangan positif dalam usaha mencapai pekerjaan penuh dan sasaran inflasi bank pusat.

Dalam pada itu, Philip Lowe turut menyatakan pandangannya terhadap keadaan ekonomi semasa, di mana kemerosotan yang dialami ekonomi dilihat lebih baik daripada dijangkakan dan keadaan juga semakin stabil.

Ini susulan daripada beberapa siri data ekonomi yang memaparkan peningkatan memberangsangkan, termasuk data jualan runcit yang menunjukkan pemulihan ketika sekatan mula dilonggarkan.

Bagaimanapun, beliau tetap berhati-hati dalam menilai prospek pertumbuhan ekonomi berikutan ketidakpastian yang masih wujud.

Susulan daripada keputusan RBA, dolar Aussie mula mencatatkan peningkatan berbanding USD sebelum kembali menyusut setelah Australia mengumumkan lockdown di bandar Melbourne dilanjutkan sehingga 6 minggu berikutan peningkatan harian kes baru Covid-19 yang membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat