Dolar Australia didagangkan positif pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan dipengaruhi oleh terbitan laporan data pekerjaan Australia sebentar tadi.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan kembali pulih catatkan peningkatan sebanyak 64,900 untuk bulan Ogos selepas kehilangan 1,400 pada bulan sebelumnya.
Sementara itu, kadar pengangguran di Australia tepati ramalan untuk kekal di paras 3.7%.
Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah paparkan peningkatan semula setelah berlaku kejatuhan pada sesi New York malam tadi ketika tumpuan terarah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).
US dolar mengukuh ketika bacaan data itu diterbitkan namun momentum kembali pudar semula menuju ke penghujung sesi New York.
Dapat diperhatikan penurunan harga semalam mencecah dahulu sekitar 0.63800 sebelum berlaku lantunan semula ke paras sekitar 0.64300.
Setelah lantunan itu, harga menyambung corak kenaikan di sesi Asia pagi ini dengan pergerakan harga mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu dengan isyarat awal trend bullish bakal bermula.
Kenaikan harga telah mencapai sekitar 0.64500, namun berundur semula dan mendatar menyambung pembukaan dagangan di awal sesi Eropah.
Sekiranya corak kenaikan berjaya dikekalkan pada sesi-sesi berikutnya, harga bakal meneruskan pendakian ke paras lebih tinggi dan berkemungkinan menuju zon 0.65000.
Sementara, harga yang gagal meneruskan kenaikan akan diperhatikan sekiranya terdapat petanda untuk kejatuhan yang boleh terjadi.
Penurunan harga dijangka untuk menuju ke zon support pada 0.63700 yang menjadi zon penting diuji harga pada dagangan Ogos lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG