Ini Rupanya Punca USD Kembali Merosot

1,187

Kebanyakan matawang utama kembali stabil, tetapi masih didagangkan di sekitar paras terendah 9 setengah bulan berbanding raja matawang US dolar pada permulaan dagangan awal minggu.

Pada sesi Asia, indeks dolar mengurangkan sedikit keuntungannya pada 93.40 berbanding pesaing utama, selepas mencapai tahap tertinggi 93.73 untuk pertama kalinya sejak 4 November pada minggu lepas.

Optimisme pasaran untuk Federal Reserve (Fed), mula mengurangkan pembelian bon pada tahun ini kembali goyah selepas pembuat dasar Robert Kaplan yang sebelum ini menyokong pengurangan lebih cepat, dilihat bimbang dengan varian delta yang semakin cepat merebak.

Kaplan memberitahu pada hari Jumaat bahawa beliau mungkin perlu menyesuaikan pandangan untuk melakukan pengurangan sekiranya varian delta melambatkan pertumbuhan ekonomi secara material.

Setakat ini, ia masih tidak memberi kesan material terhadap aktiviti pengguna, tetapi memberi impak kepada perlambatan dalam kembali ke pejabat yang mana ia mempengaruhi kemampuan untuk pengambilan pekerja kerana takut dijangkiti, dan mungkin akan menjejaskan pengeluaran, tambahnya lagi.

Susulan itu, pasaran saham AS yang didagangkan negatif, kembali berubah positif pada sesi New York Jumaat lalu, dan mendorong US dolar untuk berundur dari paras ketinggian yang dicapainya.

Tumpuan pasaran pada minggu ini terarah kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di acara tahunan simposium Jackson Hole yang akan diadakan secara maya berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Matawang euro sedikit meningkat pada sesi Asia, namun kekal diniagakan di sekitar tahap terendah 9 setengah bulan pada 1.1708.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat