Ini Rupanya Sebab Filecoin (FIL) Meroket Tinggi Lebih $235!

1,194

Filecoin, merupakan sistem pembayaran digital dan matawang kripto yang dibangunkan di atas InterPlanetary File System (IPFS) telah mencatatkan nilai $450 bilion dalam nilai pasaran yang dicairkan.

Blockchain itu juga membenarkan penggunanya untuk menyewa ruang hard drive yang tidak diguna untuk menyimpan dan mendapatkan semula data. Modelnya sama seperti Snowflake yang mana telah menyempurnakan perisian IPO terbesar dalam sejarah pada September 2020.

Ini mungkin tiga sebab mengapa harga FIL melonjak sejak kebelakangan ini:

  1. Permintaan Tinggi Dalam Komuniti China

Berdasarkan pemerhatian, dalam 24 jam, harga FIL melonjak lebih 30%, bergerak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $237.24 pada malam tadi. Ia menjadikan jumlah dagangan FIL di Huobi dalam 24 jam mencapai $24.2 bilion, tiga kali ganda berbanding ETH2, $8.8 bilion dan Bitcoin $7.8 bilion.

  1. Momentum Teknikal Yang Mengukuh

Harga FIL yang meningkat turut mendorong peningkatan minat terbuka di bursa niaga hadapan utama. Berdasarkan data daripada Bybt, minat terbuka bagi Filecoin telah meningkat sebanyak 46.37% dalam 24 jam.

Namun, pelabur dikenali Waro berpendapat apabila matawang kripto menunjukkan uptrend yang kuat, maka sukar untuk mendapatkan keuntungan di puncak. Jelasnya di laman Twitter @warobusiness: “The likelihood of you getting murdered trying to catch a top short is higher than you shorting the top.”

Disebabkan tweet itu, FIL menyaksikan penyusutan 23% dalam 45 minit di seluruh platform pertukaran utama.

  1. Didorong Oleh Ethereum

Sejak empat tahun lalu, Filecoin tampil dengan keunikan sebagai blockchain lapisan 1 (layer one blockchain) ketika yang lain struggle sebagai pesaing Ethereum.

Penganalisis Ethereum, James Spediacci memberitahu cloud storage terdesentralisasi dengan IPFS adalah teknologi inovatif yang menambah nilai untuk ruang blockchain terutama memberi manfaat kepada Ethereum. Katanya: “Jika anda dumped FIL pada harga $20, anda mungkin sudah ketinggalan.”

Ketika penulisan, FIL didagangkan pada $194.98, melonjak hampir 6% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat