Ini Rupanya Sebab Linear (LINA), Basic Attention Token (BAT) & Sia Coin (SC) Memacu!

1,409

Industri kripto sedang berkembang dengan lambakan matawang kripto mula menarik perhatian. Namun, tiga token ini walaupun tenggelam dengan token yang popular, sebenarnya melonjak dalam diam.

LINA

Token ini menunjukkan lonjakan susulan daripada penyenaraian di Binance Innovation Zone yang berlangsung pada 1 tengahhari semalam.

Pada 10 Mac, Linear telah melancarkan Xangle Large Cap Index dan Xangle Blue Chip Index versi sintetik. Dalam sesi Ask Me Anything (AMA), CEO dan pengasas bersama, Kevin Tai ada memberitahu rancangan mereka untuk melancarkan produk inovatif, berbeza dengan yang tersedia di protokol aset sintetik lain.

LINA menunjukkan peningkatan harga dari paras terendah intraday, $0.073 pada 9 Mac kepada $0.302 pada malam tadi. Lonjakan ini menunjukkan lonjakan lebih 300% dalam 10 hari.

BAT

Ketika CEO Grayscale, Michael Sonnenshein mendedahkan BAT antara lima token yang akan ditambah dalam portfolio firma itu, harganya melonjak kepada $1.369 ekoran peningkatan kadar minat.

Pertukaran bitbank Jepun juga telah mengumumkan akan menambah sokongan kepada BAT bermula 17 Mac. Pengguna pelayar web Google pada masa yang sama cuba mencari alternatif lain susulan daripada isu pengumpulan data pengguna termasuk mod Incognito dan pelayar web Brave mungkin dapat menarik perhatian mereka.

Untuk pengetahuan, BAT adalah token bagi pelayar web Brave. Ia memainkan peranan sebagai pertukaran iklan desentralisasi.

SC

Skynet Labs dan Streambed telah menjadi rakan kongsi pada 11 Februari dengan tujuan untuk memberi kawalan kandungan kepada pencipta. Kandungan dimuatnaik menerusi Streambed akan disimpan di platform desentralisasi Skynet di Sia.

Sia juga pada 15 Mac ada tweet ‘pengumuman besar pada minggu ini’ mencetuskan spekulasi. Namun, pelabur diminta berhati-hati kerana ada kemungkinan besar juga fenomena dump akan berlaku jika gagal membawa peningkatan harga.

Pada 4 Feb, SC mencatatkan nilai $0.0085 sebelum mencatatkan nilai $0.023 pada hari ini, menunjukkan lonjakan 158% dalam sebulan lebih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat