Ini Saham Syarikat Pilihan Penganalisis Wall Street Untuk ‘Bullish’

242

‘Ikutkan senarai yang dikeluarkan, syarikat-syarikat tersebut merupakan pemain utama dalam industri masing-masing.’

Platform pengukur prestasi, TipRanks mengeluarkan senarai firma-firma di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pilihan penganalisis terkemuka Wall Street dalam membuat pelaburan jangka masa panjang.

Diperincikan bahawa penganalisis Wall Street meletakkan firma-firma tersebut sebagai pilihan pelaburan jangka panjang terbaik memandangkan rali keuntungan sebelum ini terbantut awal.

Berikut adalah beberapa firma yang dipilih penganalisis.

IonQ Inc

  • Firma teknologi komputer ini menjadi pilihan penganalisis Quinn Boltan berdasarkan laporan suku ke-2 (Q2) yang memberangsangkan.
  • Ulas Boltan, kunci kira-kira syarikat yang kukuh akan memberi kelebihan dan menjadi penjana aliran tunai positif tanpa keperluan meningkatkan modal tambahan.
  • Antara pencapaian terbaik IonQ sepanjang Q2 adalah pelancaran komputer kuantum 32-qubit, Aria selain mendapat beberapa kontrak penting termasuk melaporkan panduan kukuh setahun penuh.
  • Atas faktor tersebut Bolton meletakkan status ‘buy’ dengan sasaran harga (TP) pada $9, selain 8,000 penganalisis bertaruh kadar kejayaan sebanyak 73% terhadap IonQ menurut TipRanks.

GlobalFoundries

  • Penganalisis Deutsche Bank, Ross Seymore kekalkan status ‘buy’ terhadap pengilang mikrocip terbesar AS ini selepas ia berjaya mengatasi sasaran Q2.
  • Terang Seymore, syarikat menambah perjanjian jangka panjang, mengembangkan perniagaan sumber tunggalnya, pertumbuhan mendadak dalam volum unit dan risiko modal rendah menjadi teras keyakinannya.
  • Lantaran daripada itu Seymore dilihat meningkatkan TP kepada $65 daripada $60, selain TipRanks memperlihatkan sebanyak 8,000 penganalisis meletakkan sasaran kadar kejayaan 80%.

Walmart

  • Keputusan gergasi runcit AS Q2 yang dilihat mampu menampung tekanan keadaan pasaran yang tidak menentu ini menangkap hati penganalisis Peter Benedict.
  • Penambahbaikan operasi, penskalaan berterusan aliran pendapatan alternatif dan strategi pertumbuhan inovatif syarikat berjaya membuatkan Benedict mengekalkan TP pada $140.
  • Turut dinyatakan oleh penganalisis inventori syarikat dilihat berada pada kedudukan positif dengan rancangan penambahan harga untuk Q3 akan terus menyokong Walmart merentasi separuh ke-2 tahun ini.
  • Secara pukal seramai 8,000 penganalisis mengunjurkan kadar kejayaan sebanyak 71% terhadap Walmart untuk baki tahun ini.

Home Depot

  • Satu lagi gergasi runcit pilihan Benedict yang melaporkan keputusan Q2 diluar jangkaan seiring Walmart.
  • Asas keyakinan Benedict terhadap syarikat dibuat berdasarkan tinjauan pengurusan yang tidak berubah, mencerminkan kemungkinan bahawa ia peroleh perlindungan daripada sebarang perubahan ketara dalam permintaan.
  • Selain itu, pelaburan strategik syarikat dalam mereka bentuk semula kedai mampu meningkatkan ekosistem keupayaannya dalam menyampaikan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.
  • Ijmalnya, TP $360 terhadap syarikat dinaikkan dari $335 oleh Benedict.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat