Ini Sebab AUD/USD Cenderung Jatuh Lebih Rendah

144

Menarik untuk diperhatikan pelabur iaitu carta harga pasangan mata wang AUD/USD apabila corak penurunan mula diperlihatkan pada pembukaan awal minggu semalam.

Berbeza berbanding pergerakan minggu lalu yang menyaksikan kenaikan dipamerkan dari awal minggu sehingga mencapai paras ketinggian terbaru 7 bulan sebelum mendatar pada dagangan penghujung minggu tersebut.

Dolar Aussie didagangkan lebih lemah berbanding US dolar pada Isnin semalam menyaksikan corak penurunan harga berlaku sehingga bersambung pada hari ini (Selasa).

Ketika sentimen pasaran sepertinya dijernihkan oleh terbitan data ekonomi China yang positif, namun pergolakan politik di New Zealand telah turut memberi tempias buruk kepada dolar Aussie atas faktor rakan dagang serantau.

Malah, data jualan runcit Australia yang diterbitkan juga memaparkan bacaan angka yang merosot, menambahkan tekanan buat mata wang tersebut.

Oleh itu, penyusutan dolar Aussie telah mendorong penurunan harga dilanjutkan lagi di carta AUD/USD pada sesi Asia tadi.

Pergerakan bearish harga semakin dipaparkan dengan corak penurunan tersebut di mana harga turut dilihat bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras 0.70000 untuk menguji paras yang telah menjadi support buat harga minggu lalu.

Jika harga berjaya tembusi paras tersebut, penurunan akan diteruskan menuju pula ke zon tumpuan 0.69000.

Namun jika harga berjaya melantun membuat kenaikan semula, rintangan pada zon 0.71000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji setelah harga mendatar di zon tersebut selepas kenaikan minggu lalu.

Berjaya melonjak lebih tinggi dari zon itu akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran untuk mencapai 0.72000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat