Ini Sebab Boeing Rugi Besar Pada Suku Ke4!

322

Boeing melaporkan kerugian operasi $650 juta pada suku keempat, mengejutkan penganalisis yang menjangkakan syarikat gergasi pesawat itu memperoleh keuntungan.

Syarikat itu menyalahkan kerugian tidak dijangka itu berpunca daripada ‘kos pengeluaran yang tidak normal’ ketika ia cuba menyelesaikan penghantaran jet 737 Max dan meningkatkan penghantaran 787 Dreamliners.

Selain itu, ketidakstabilan buruh dan gangguan rantaian bekalan juga dikatakan telah menjejaskan pengeluarannya.

Pun begitu, kerugian $634 juta pada suku berakhir 31 Disember adalah lebih kecil daripada kemerosotan $4.1 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, Boeing turut memberi amaran bahawa ia akan mencatatkan kerugian pada suku semasa.

Saham Boeing turun lebih 3% susulan laporan tersebut pada sesi New York.

Syarikat itu bagaimanapun menawarkan prospek yang kukuh, di mana ia menjangkakan kekuatan kewangannya akan kembali ke tahap sebelum pandemik sekitar jangka masa 2025-2026.

Boeing telah melaporkan hanya dua suku yang menguntungkan dalam tempoh hampir empat tahun sejak krisis 737 Max.

Ini rentetan penggantungan pesawat itu selama 20 bulan sejak Mac 2019 selepas terlibat dalam dua kemalangan maut yang telah mengorbankan 345 orang (Ethiopian Airlines dan Lion Air).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat