Ini Sebab EUR/JPY Sukar Untuk Bergerak Lebih Tinggi

448

Mata wang Euro pada penghujung dagangan tahun 2020 berkemungkinan agak bergelut untuk mengekalkan pengukuhan selepas penyusutan US dolar memberi ruang untuk mata wang utama lain meningkat dalam pasaran.

Hal ini adalah berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Eropah yang masih kritikal. Membimbangkan apabila Jerman dilaporkan mencatatkan kes harian sehingga 22,459 kes dengan rekod kematian 1,129.

Jumlah kematian di ekonomi terbesar di Eropah itu meningkat kepada 32,111 sementara kes jangkitan mencecah 1.6 juta.

Kebimbangan yang dijangka bakal meningkat ini dipercayai akan kembali menekan semula dagangan Euro dalam pasaran sehingga awal tahun 2021.

Pada carta pasangan EUR/JPY semalam melihatkan harga yang telah melepasi paras ketinggian 127.00 kembali bergerak turun semula walaupun Yen masih didagangkan lemah.

Pada sesi Asia pagi ini juga melihatkan harga sekali lagi menguji rintangan 127.000 sebelum turun semula berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Zon harga 127.00 tersebut menjadi zon rintangan harga yang turut diuji pada awal September lalu namun gagal ditembusi.

Jika Euro terus bergerak lemah, harga bakal keluar dari zon resistance tersebut dan bergerak lebih rendah dengan jangkaan untuk menuju ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar 125.00.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi, paras ketinggian terbaru sejak Mac 2019 akan direkodkan pada carta EUR/JPY.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat