Ini Sebab Kenapa Pelabur Jangka Dasar Monetari BOC Tidak Berubah

440

Bank Pusat Kanada (BOC) dijangka lebih berhati-hati dan tidak akan melakukan sebarang perubahan dalam dasar monetarinya pada mesyuarat polisi pada malam ini.

BOC sebelum ini telah mengumumkan pengurangan rangsangan pada bulan Julai, dengan mengurangkan pembelian asetnya sebanyak C$1 bilion kepada C$2 bilion setiap minggu.

Walau bagaimanapun sejak itu, keadaan di Kanada telah merosot. Bukan sahaja negara itu bergelut dengan peningkatan jangkitan Covid-19, tetapi juga terkesan dengan ketidakstabilan politik menjelang pilihan raya persekutuan pada pertengahan bulan ini.

Walaupun kadar vaksinasi di negara itu tinggi, tetapi kes jangkitan coronavirus turut menunjukkan peningkatan sehingga melebihi angka 3,000 sehari.

Ini secara tidak langsung melemahkan prospek terhadap pemulihan ekonomi di negara itu, lebih-lebih lagi data keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua dilaporkan menguncup pada tahun ini sebanyak 1.1%.

Sementara itu, Perdana Menteri Justin Trudeau telah mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 20 September untuk mencari mandat baru bagi menangani krisis Covid-19.

Kedua-dua faktor ini meningkatkan kemungkinan bahawa para pembuat dasar akan mengekalkan pendekatan semasa dalam dasar monetari mereka.

Mesyuarat BOC yang akan dipimpin oleh Gabenor Tiff Macklem dijangka akan membiarkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25% dan mengekalkan pembelian bon kerajaan pada kadar semasa C$2 bilion setiap minggu.

Ketika penulisan, dolar Kanada merosot lebih rendah berbanding US dolar yang kuat, dengan didagangkan di sekitar harga 1.26800.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat