Ini Sebab Mengapa US Dolar Buat ‘Comeback’!

1,188

Matawang US dolar kembali mengapai paras tertinggi satu tahun berbanding matawang utama yang lain pada hari Selasa menjelang penerbitan laporan NFP pada Jumaat nanti. Disisi lain pula, aset kripto utama Bitcoin mencecah $50,000 untuk pertama kalinya dalam tempoh empat minggu.

Dolar Australia yang sensitif terhadap risiko adalah antara yang mengalami kejatuhan terbesar dengan Reserve Bank of Australia menegaskan bahawa mereka belum berkehendak untuk naikkan kadar faedah sehingga tahun 2024.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.13% kepada paras dagangan 93.932 iaitu paras tertinggi sejak akhir September 2020.

Indeks US dolar telah meningkat sebanyak 2.8% sejak 3 September lalu kerana para pelabur bertindak balas terhadap isu tapering dan kebarangkalian kenaikan kadar pada tahun 2022.

US dolar juga mendapat keuntungan didorong peningkatan permintaan terhadap safe haven kerana kebimbangan terhadap risiko stagflasi global sehinggalah kepada paras syiling hutang A.S.

Menurut pegawai strategi ING bahawa pemain pasaran akan cederung terus membeli penurunan US dan inilah yang berlaku semalam sehingga membawa kepada pemulihan US dolar.

Data NFP dijangka akan menunjukkan peningkatan berterusan bagi pasaran buruh dengan ramalan 488,000 pekerjaan akan ditambahkan pada bulan September.

Matawang AUS susut 0.1% kepada paras dagangan $0.7281, susut daripada paras tertinggi yang dicatat pada hari Isnin. Matawang NZD juga turut susut sebanyak 0.34% kepada paras dagangan $0.6981. Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mengumumkan pendirian mereka pada hari Rabu esok.

Disamping itu, matawang sterling kukuh sebanyak 0.15% kepada $ 1.3629 dan mencapai paras tertinggi tiga minggu berbanding Euro.

Walaubagaimanapun, Mark McCormick ketua strategi FX global TD memberi amaran walaupun US dolar cederung kukuh dalam jangka pendek namun pemain pasaran harus mengambil sikap berhati-hati kerana sentimen kurang baik sejak akhir-akhir ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat