Ini Sebabnya Pandangan Terkini Lagarde Mengenai Kripto Tidak Disenangi!

1,106

Presiden ECB, Christine Lagarde tampil memberi pandangan beliau yang terkini mengenai kripto. Dalam acara temubual The David Rubenstein Show. Dalam temubual tersebut,

Lagarde menekankan bahawa masih terlalu awal untuk menentukan matlamat global untuk kripto. Lagarde mendakwa bidang desentralisasi disokong oleh kelas aset yang sangat spekulatif.

Kripto bukanlah mata wang, notkah, tegas Lagarde.Lagarde juga menyeru agar adanya klasifikasi antara kripto yang sangat spekulatif, mencurigakan dan intesif tinggi dari aset penggunaan tenaga.

Presiden ECB juga membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan stablecoin. Lagarde menekankan bahawa Stablecoins berkembang dengan pantas. Walaupun begitu, beliau secara peribadi berpendapat bahawa ia mesti dikawal selia kerana ia di bawah kawalan perniagaan swasta.

Walaubagaimanapun, apabila berbicara mengenai CBDC, nada Lagarde mula berbeza. Beliau berpendapat bahawa CBDC hanya dilancarkan sebagai pengganti yang relevan dalam era teknologi dan mendakwa bahawa CBDC adalah mata wang digital terpusat. Beliau juga mengesahkan bahawa CBDC tidak wajib dan akan bergerak seiring dengan mata wang fiat.

Lagarde masih skeptikal dengan dengan bitcoin walaupun kebelakangan ini penerimaan matawang kripto semakin meluas. Para pelabur institusi dan syarikat besar mula melabur dalam bitcoin bagi mengimbangi kunci kira-kira mereka. Walau bagaimanapun, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde tidak melihat masa depan seperti itu dalam institusi kewangan bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat