Ini Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Pembukaan Pasaran Eropah

754

Dollar US membuat pengukuhan pada rabu selepas ucapan Pengerusi baru Federal Reserve, Jerome Powell yang memberi pandangan optimis terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Indeks US dolar mengukuh ke paras tertinggi 5 minggu yang lalu iaitu paras $90.68 pada masa artikel ini ditulis. Hal ini sejajar dengan komen optimis Powell terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini.

Selain itu, komen Powell juga memburukkan sedikit sentiment pasaran saham terutamanta Wallstreet pada sesi dagangan Selasa dan Rabu. Yen pula mengukuh apabila BOJ mengurangkan amaun pembelian bond mereka sekaligus menimbulkan spekulasi Boj bakal menamatkan program pelonggaran kuantitatif dan kualitatif (QQE).

Pair EUR/USD membuat sedikit penurunan kepada $1.2189 setakat pada pukul 5.35 petang. EUR/JPY pula menurun kepada $130.00 ,paras yang paling lemah sejak September lalu.

Data inflasi Zon-Eropah menyusut ke paras terendah 14 bulan yang lalu seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada hari Rabu. Ini membuktikan mengapa Bank Pusat Eropah (ECB) tetap berhati-hati untuk menghapuskan rangsangan walaupun pertumbuhan ekonomi telah melebihi jangkaan.

Inflasi dalam 19 buah negara di Zon-Eropah menurun kepada 1.2% dari 1.3% pada Januari, sejajar dengan jangkaan tetapi jauh dari sasaran ECB iaitu 2%.

Euro juga tertekan disebabkan ‘peristiwa berisiko’ yang dihadapi oleh Zon Eropah pada minggu ini yang termasuk pilihanraya Itali.

Pound pula tertekan oleh kebimbangan baru terhadap Brexit selepas ketua perunding Brexit EU mengatakan perjanjian peralihan bukanlah satu perkara yang pasti. Manakala perdana menteri UK, Theresa May berkata draf undang-undang EU akan melemahkan Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat