Ini Serius! Elon Musk ‘Master Mind’ Perang Rusia-Ukraine Tercetus?

463

‘Dah agak mesti abang Tesla ni ada kena-mengena dengan perang Rusia-Ukraine.’

Ketegangan perang Rusia dan Ukraine kembali menggegarkan pasaran, namun berita baru yang mengatakan Elon Musk menjadi puncanya menggoncang dunia.

Menurut ketua perundingan berisiko politik Eurasia Group, Ian Bremmer, tindakan jutawan itu yang cuba menjadi pakar geopolitik mungkin pencetus peperangan tersebut.

Mencerap nota yang diterbitkan Bremmer, Musk dikatakan telah berjumpa dan berbincang dengan Presiden Vladimir Putin mengenai keperluan untuk menamatkan perang dengan Ukraine.

Ia telah membawa kepada cadangan Ukraine menyerahkan Crimea, menerima tawaran neutrality dan mengiktiraf rampasan wilayah Luhansk serta Donetsk oleh Rusia seperti yang dinyatakan dalam ciapan Musk pada 3 Oktober.

Cadangan yang diciap Musk tersebut adalah selari dengan tuntutan kerajaan pimpinan Putin selepas menceroboh Ukraine pada Februari lalu.

Sebagai maklum balas, Musk menulis ciapan dengan mengesahkan perjumpaannya dengan Putin namun ia berlaku 18 bulan lepas dan isi perbincangan ketika itu adalah mengenai projek angkasa.

Musk juga dilihat cuba membela diri dengan mengatakan ketika perjumpaan tersebut beliau tidak berbincang langsung mengenai perang kerana pada ketika itu krisis ketegangan belum wujud lagi.

Pada ciapan tersebut, Bremmer telah memberi maklum balas dengan mengatakan Musk telah memberitahunya bahawa mereka ada membincangkan mengenai Ukraine sebelum perang tercetus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat