Ini Situasi Yang Sedang Dihadapi Negara EU Di Tengah Penularan Pandemik Gelombang Ke-2!

499

Penularan pandemik Covid-19 boleh kembali berisiko seperti sebelum ini. Para pemerintah di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sedang memperketatkan sekatan bagi aktiviti sperti perhimpunan dan aktiviti ekonomi yang bukan utama dengan harapan dapat menghindari dari mengenakan langkah perintah berkurung.

Ekonomi zon Eropah dijangka akan menguncup lebih 8% pada tahun ini dan negara seperti UK dijangka akan menguncup pada kadar 10% atau lebih. Para pemerintah negara-negara EU sedang berusaha untuk memelihara ekonomi daripada terjejas teruk dan mengekang penularan pandemik dari merengut banyak nyawa.

Di UK jangkitan positif adalah sekitar 14,000 jangkitan sehari bagi minggu lepas. Pertambahan sebanyak dua kali ganda daripada bacaan puncak pada gelombang pertama. Selain itu, kemasukan pesakit ke hospital dan angka kematian juga mencatat peningkatan.

Pentadbiran Boris Johnson telah memperkenalkan sistem three-tiered yang mengklasifikasikan kawasan di England mengikut kadar jangkitan, untuk cuba melonggarkan rangkaian larangan tempatan yang kompleks. Tindakan tersebut termasuk menutup bar, restoran, kafe, gim dan perkhidmatan peribadi seperti pendandan rambut, dan menukar semua tuisyen universiti dan kolej secara dalam talian.

Di Perancis, jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan intensif hospital kembali ke tahap tertinggi dalam tiga bulan. Perdana Menteri Jean Castex, situasi ini dijangka akan berlangsung sehingga beberapa bulan lagi.

Keluk jangkitan juga meningkat secara mendadak di seluruh Eropah tengah, dari Slovenia hingga Czech Republic dan Poland. Hanya di Jerman, penularan pandemik masih kelihatan terkawal.

Ekonomi negara EU juga mendapat tempiah dimana ndeks sentimen ZEW Jerman menjunam ke paras terendah sejak Mei pada hari Selasa. Presiden ECB Christine Lagarde menyatakan pemulihan ekonomi dilihat mengkhuatirkan pada minggu lalu. Disisi lain BoE telah menyatakan kesediaan untuk menerapkan kadar faedah di bawah negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat