Apa yang telah terjadi pada carta pasangan mata wang AUD/USD setelah bank pusat Australia membuat kejutan pada mesyuarat dasar monetari minggu lalu?
Reserve Bank of Australia (RBA) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.10% pada minggu lalu, ketika jangkaan adalah kadar dikekalkan tidak berubah.
Langkah pengetatan dasar yang dilihat diteruskan oleh RBA itu memberi kesan peningkatan nilai dolar Australia, berikutan tindakan tersebut akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi.
Justeru, dapat dilihat harga pada carta AUD/USD memaparkan corak menaik sehingga menyambung ke pembukaan dagangan awal minggu ini.
Situasi itu juga turut disokong oleh faktor penyusutan pada mata wang US dolar ketika pelabur kekal berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada minggu ini.
Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25%, namun penganalisis tidak menolak Fed juga boleh membuat kejutan seperti yang RBA lakukan.
Menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti, pelabur akan memberi perhatian dahulu pada penerbitan data inflasi Amerika SYarikat (AS) di sesi New York malam ini.
Setelah keputusan mesyuarat FOMC diketahui, tumpuan akan terarah pula pada laporan data pekerjaan Australia untuk gambaran hala tuju penetapan dasar monetari RBA selanjutnya.
Harga pada carta AUD/USD setakat Isnin semalam telah mencapai ketinggian pada zon 0.67700 sehingga bersambung pada hari ini (Selasa).
Pergerakan harga kekal meniti di atas sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk perubahan trend berlaku.
Jika corak bullish tersebut masih dikekalkan, harga dilihat akan meneruskan pendakian ke paras 0.68200 sebelum mencapai sasaran ketinggian pada 0.69000.
Berjaya mengatasi ketinggian dicapai pada awal Mei lalu akan membantu harga mencatatkan paras tertinggi 4 bulan.
Namun waspada sekiranya harga mula menjunam di bawah paras sokongan MA50 untuk isyarat perubahan trend bearish.
Paras 0.67000 dilihat menjadi support terhampir bakal diuji harga sebelum penurunan akan dilanjutkan pula ke zon RBS (resistance become support) 0.66400.
Seterusnya, harga yang menyambung penurunan lebih rendah boleh mencecah hingga ke sekitar 0.65500 untuk menguji zon tumpuan tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG