Ini Terjadi Pada Euro & USD Menjelang Perhimpunan Jackson Hole

773

Matawang Euro telah mengalami penyusutan sedikit semasa sesi perdagangan Amerika pada hari Rabu dengan menguji paras terendah semalam. Jika Euro tidak dapat mengekalkan paras sokongan ia dapat membawa indikasi yang negatif dan berkemungkinan akan susut ke paras dagangan 1.17.

Data tinjauan Jerman menunjukkan data perniagaan merosot ke 99.4 daripada bacaan 100.7 untuk bulan Ogos. Disamping itu, VP De Guindos dari ECB menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan akan menyemak semula unjuran makroekonomi dan menekankan bahawa KDNK suku ketiga akan berkembang.

Disisi yang berbeza matawang US dolar kembali pulih dari penyusutan. Walaubagaimanapun paras dagangan masih berada di paras rendah 1 minggu berikutan pasaran mula yakin bahawa peningkatan penularan Covid-19 akan memberi kesan terhadap pemulihan global.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan kukuh 0.12% pada paras dagangan 93.00.

US dolar sebelum ini cuba untuk bertahan seiring sikap optimis pemain pasaran terhadap kemampuan Amerika Syarikat dalam mengatasi lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini setelah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) yang memberi kelulusan penuh pada vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah yang dapat mempercepatkan inokulasi di A.S.

Dalam pada itu, Dewan Perwakilan AS hari ini telah meluluskan rang undang-undang perbelanjaan $3.5 trilion yang disokong oleh Demokrat. Tumpuan pasaran kini beralih kepada Senat dan pernyataan dari Jerome Powell mengenai pelan untuk ‘tapering’.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat