Ini Terjadi Pada USD Susulan Minit Mesyuarat FOMC

749

US dolar yang pada awalnya mencatat kejatuhan kembali meningkat selepas mendapat sokongan daripada minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan bank pusat AS mungkin akan bertindak lebih cepat untuk menaikkan kadar faedah.

Menurut laporan minit mesyuarat terbaru, para penggubal dasar merasakan balance sheet boleh dikurangkan pada kadar pantas dan syarat untuk kenaikan kadar faedah boleh dipenuhi lebih awal jika inflasi kekal tinggi dan pengukuhan pasaran buruh berterusan.

Hal ini sekali gus memacu peningkatan semula US dolar untuk didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan matawang utama.

Sebelum itu, dagangan dolar greenback melemah walaupun selepas bacaan data pekerjaan ADP sektor swasta menunjukkan bacaan yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada sesi New York.

Penurunan ini mungkin dipengaruhi oleh pelabur yang ingin mengambil keuntungan dengan mendapatkan US dolar pada harga lebih rendah sebelum minit tersebut dikeluarkan.

Pekerjaan dalam sektor swasta AS menunjukkan pertambahan memberangsangkan dengan meningkat ke tahap tertinggi 7 bulan sebanyak 807,000 pada Disember.

Susulan penerbitan minit tersebut, matawang berkaitan komoditi mengurangkan keuntungan harian, memperlihatkan dolar Aussie, kiwi dan loonie didagangkan susut berbanding USD pada sesi Asia.

Namun, berbeza pula dengan dagangan pound yang melonjak ke paras tertinggi baharu 2 bulan disokong oleh jangkaan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah sekali lagi pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat