Ini Top 3 Kripto RWA Perlu Diperhatikan Pada Mei 2024!

1,426

“Token RWA memang nampak berpotensi, jadi korang bolehlah tengok-tengok dulu ye.”

Real-world assets (RWA) muncul sebagai pasaran mata wang kripto menjanjikan yang merapatkan jurang antara kewangan tradisional dan dunia aset digital yang menyasarkan bagi mengiktiraf RWA seperti hartanah, komoditi serta instrumen kewangan.

Berikut adalah tiga kripto RWA teratas yang boleh diperhatikan para pelabur pada bulan ini selepas meneliti dari segi aktiviti pembangunan dan potensi pertumbuhannya:

Chainlink (LINK)

LINK adalah rangkaian oracle yang membenarkan kontrak pintar mengakses data off-chain secara selamat telah berjaya mengambil kedudukan teratas di dalam kalangan kripto RWA dari segi aktiviti pembangunan.

Suka dimaklumkan tahap aktiviti pembangunan tinggi menunjukkan pasukan LINK bukan sahaja sedang giat berusaha mengembangkan keupayaan platform malah menyepadukannya dengan lebih banyak RWA.

Synthetix (SNX)

Synthetix (SNX) merupakan platform yang membenarkan penciptaan aset sintetik di mana ia meniru nilai RWA seperti saham, komoditi atau mata wang yang membenarkan pelabur buat pendedahan pada aset itu tanpa memilikinya secara langsung.

Susulan mempunyai tumpuan kukuh pada pembangunan dan ekosistem yang semakin berkembang, SNX berada pada kedudukan sangat baik untuk memanfaatkan permintaan kian meningkat untuk RWA yang ditoken.

Harga SNX yang kini didagangkan pada paras 4.89% masih melihat penurunan 5.04% dalam masa 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $855 juta seterusnya merudum kira-kira 0.27% sepanjang minggu lepas.

Centrifuge (CFG)

CFG, platform yang membenarkan tokenizations RWA dan penciptaan pools disokong aset telah unlock liquidity bagi RWA dengan menghubungkannya pada ekosistem kewangan decentralized (DeFi) yang membolehkan peluang pembiayaan lebih cekap dan mudah diakses.

Disebabkan terdapat pembangunan dan rangkaian rakan kongsi yang makin berkembang, CFG berada pada kedudukan baik untuk memainkan peranan penting dalam masa depan pembiayaan aset.

Pada masa ini, harga CFG menjunam sebanyak 1.89% pada paras $0.68 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $336 juta tetapi masih merekodkan pendakian 6.22% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat