Ini Top 5 Kripto Bawah $1 Perlu Diberi Perhatian Pada 2024!

4,054

“Boleh la pelabur tengok-tengok dan buat kajian dulu, jangan main beli je pula tau.”

Di tengah-tengah pasaran mata wang kripto semakin berkembang, terdapat beberapa token berharga di bawah $1 yang diperhatikan ada potensi mampu memberi peluang kepada para pedagang menjana keuntungan lumayan.

Berikut adalah 5 token yang perlu diberi perhatian oleh pelabur pada tahun 2024:

Ripple (XRP)

Sejurus selepas berlegar-legar di bawah $0.60, XRP sudah menyaksikan pemulihan semula apabila harganya berjaya menembusi $0.63 pada 3 Disember semalam di mana kini ia didagangkan pada $0.62 iaitu mencatatkan kenaikan 1.37% dalam tempoh 24 jam lalu.

Sekiranya pembetulan baru-baru ini telah menghidupkan kembali sentimen kenaikan, penembusan zon rintangan seterusnya pada $0.64 mampu mendorong harganya untuk melonjak lagi sebanyak 12% untuk cecah $0.70 diikuti $1.

Kaspa (KAS)

KAS pada bulan lepas telah muncul sebagai pemain yang menonjol dalam pasaran kripto susulan harganya mengalami pendakian hampir 210% untuk mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa pada $0.15.

Disebabkan kenaikan yang mengagumkan itu, KAS pada masa ini didapati berada dalam fasa consolidate tetapi harganya mampu menyasarkan paras tertinggi baharu pada $0.25 yang merupakan kenaikan sebanyak 82%.

Oasis Network (ROSE)

Sejak pertengahan Oktober 2023, ROSE telah menyaksikan pendakian secara perlahan-lahan di mana harganya melonjak sehingga $0.089 daripada $0.039 pada dua bulan lepas yang menandakan peningkatan 124%.

Oleh demikian, harga ROSE yang kini didagangkan pada paras $0.860 perlu melepasi zon rintangan selanjutnya pada $0.091 untuk mencapai paras tertinggi baharu pada $0.138 iaitu lonjakan sebanyak 62%.

Cronos (CRO)

CRO baru-baru ini telah memasuki fasa pembetulan apabila harganya berundur daripada $0.12 kepada $0.09, tetapi dijangkakan bahawa penurunan itu adalah petanda untuk CRO meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Jadi di sini dapat dilihat harga CRO berpotensi menyaksikan kenaikan 36% diikuti 62% untuk mencapai $0.20 ataupun $0.22.

Klaytn (KLAY)

Sejak pertengahan September 2023, KLAY telah menunjukkan pemulihan luar biasa di mana harganya melantun daripada paras rendah $0.107 kepada paras tertinggi baru-baru ini pada $0.19 iaitu kenaikan 113%.

KLAY yang pada masa ini bersedia untuk pertumbuhan selanjutnya mampu naik 98% untuk mencapai $0.38 dan penembusan itu dapat mendorong harganya untuk mencecah ke paras tertinggi 20 bulan pada $0.63.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat