Ini Top Kripto Projek Perlu Diketahui Pada 2023!

722

“Pelabur boleh la usha-usha dulu kalau berminat.”

Suka dimaklumkan seluruh pasaran mata wang kripto menyaksikan pertumbuhan ketara sehingga modal pasarannya mencecah $1.2 trilion, namun pelabur juga perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkembangan yang ketara.

Rentetan itu, berikut adalah beberapa penerangan berkaitan projek kripto dengan kemas kini terbaru yang perlu diketahui.

Polygon (MATIC) – zkEVM

MATIC yang melancarkan beta zkEVM adalah penyelesaian penskalaan sama seperti Ethereum (ETH) Virtual Machine.

zkEVM yang bakal dilancarkan pada 27 Mac telah memanfaatkan zero-knowledge proof (ZKP)*, di mana ia membolehkan kos transaksi dikurangkan dan peningkatan besar dalam daya pengeluaran.

*Teknologi kriptografi yang membolehkan sesuatu maklumat disahkan tanpa mendedahkan maklumat itu sendiri

Cosmos (ATOM) – Twilight SDK

Versi terbaharu Cosmos Software Development Kit (versi 0.47) atau lebih dikenali sebagai Twilight akan memperkenalkan beberapa naik taraf pada platform yang dapat tingkatkan fungsi terhadap semua rantaian berasaskan SDK Cosmos.

Ia juga membenarkan pembangun yang bekerja dalam ekosistem Cosmos untuk membina aplikasi lebih rumit dan berkuasa, di mana Twilight bakal dilangsungkan pada awal bulan April.

PancakeSwap (CAKE) – Version 3

PancakeSwap V3 akan mewujudkan yuran dagangan kompetitif, insentif dagangan, peruntukan liquidity lebih besar dan pengalaman yield farming** yang lebih baik.

**Pelaburan yang melibatkan penguncian kripto dalam dApp (aplikasi terdesentralisasi) untuk ganjaran token

Fetch.AI (FET) – Wallet dengan sokongan non-fungible token (NFT)

Matlamat utama FET adalah untuk menambah baik ledger, teknologi artificial intelligence (AI) , ejen dan wallet.

Wallet kripto terbarunya mempunyai komunikasi berkumpulan, pengundian pada cadangan tadbir urus, sokongan untuk koleksi NFT dan staking manakala wallet versi mobile yang disokong Web 2 SSO mungkin dikeluarkan tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat