Ini Yang Berlaku Kepada Pasaran Matawang Sehari Sebelum Pilihanraya Presiden! Anda Dah Sedia?

56

Yen melemah dengan ketara selepas FBI melaporkan bahawa tiada tuduhan jenayah dilaporkan terhadap penggunaan e-mel peribadi terhadap calon Demokrat, Hillary Clinton. Matawang itu juga kekal melemah sejurus selepas data gaji dan minit mesyuarat BoJ dibentangkan.

USD/JPY melonjak 0.94%, manakala AUD/USD merosot 0.01% berikutan pengumuman data pembinaan yang lemah.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, menurut laporan minit mesyuarat September, BoJ melaporkan bahawa beberapa ahli lembaga bank terbabit menggesa peningkatan inflasi. Juga di Jepun, purata gaji dilaporkan meningkat. Angka ini merupakan kenaikan pertama dalam tempoh dua bulan. Pun begitu, kebanyakan firma enggan menaikkan gaji kerana ketidaktentuan pertumbuhan global dan domestik.

Sementara itu, kenyataan FBI dua hari sebelum pilhanraya diadakan memberi peluang kepada Hillary Clinton untuk mengembalikan saingan sengit buat pencabar terdekatnya, Donald Trump.

Selain itu, Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer memberitahu pasaran pada Jumaat bahawa pasaran buruh di Amerika Syarikat menunjukkan pemulihan sekali gus membantu sentimen US Dollar untuk terus mengukuh.

Ekonomi AS mencatatkan peningkatan sebanyak 161,000 perkerjaan pada bulan Oktober dan kadar pengangguran kekal pada kira-kira 5%.

Kata Fischer dalam persidangan penyelidikan IMF, pasaran buruh telah kembali ke landasan yang cukup baik. Sektor pekerjaan juga telah menghampiri skala guna tenaga secara menyeluruh.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 96.94.

Data perdagangan dan angka inflasi dari China juga menjadi tumpuan pasaran untuk melihat sejauh mana ekonomi kedua dunia itu mampu kekal bertahan.

Minggu lalu, US Dollar kekal merosot kerana kebimbangan terhadap keputusan pilihanraya presiden yang bakal diadakan esok hari walaupun data pekerjaan dicatat positif pada Jumaat.

Kini, pelabur cenderung untuk menanti peningkatan kadar pada angka yang lebih tinggi yang juga akan menambah kekuatan buat US Dollar.

Berita-Berita Penting Sepanjang Minggu Ini (7-11 November 2016) Yang Anda Perlu Baca Segera!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat