Ini Yang Berlaku Kepada Pasaran Sesi Asia Setelah Yellen Memberi Isyarat Jelas Mengenai Peningkatan Kadar!

160

US Dollar bersedia untuk menambah pengukuhan pada hari Jumaat selepas Pengerusi Janet Yellen menyediakan isyarat yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar faedah pada penghujung tahun ini.

Yellen tidak menyatakan secara tegas mengenai kenaikan kadar dalam mesyuarat 13 hingga 14 Disember nanti, namun menyatakan kepada jawatankuasa kongres bahawa kadar akan dinaikkan tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa akan meneruskan khidmat sehingga 2018. Yellen memberi komen terbabit apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Donald Trump yang ingin mencari pengganti Yellen apabila penggal beliau tamat.

Selain itu, data AS yang dikeluarkan pada Khamis juga menguatkan lagi jangkaan kenaikan kadar. Data perumahan yang dikeluarkan menunjukkan kenaikan mendadak ke puncak tertinggi bagi tempoh 9 tahun.

Euro juga mula menyusut selepas jatuh semalam. Bagi minggu ini sahaja, Euro telah menyusut sehingga hampir 4.7 peratus.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, jangkaan perbezaan jumlah perolehan juga membantu pengukuhan Dollar berbanding Yen.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Dollar jatuh 0.1 peratus sebelum kembali meningkat kepada ¥ 110.34.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai pada 100.95.

Ini Penampilan Kali Pertama Yellen Setelah Kalah Menentang Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat