Penampilan Pertama Hillary Clinton Selepas Kalah Menentang Trump Mendapat Perhatian Umum!

43

Hillary Clinton dilihat kembali tampil kepada khayalak ramai seminggu selepas kekalahan beliau di dalam pilihanraya presiden yang lepas.

Beliau mengakui bahawa sukar untuk membuat penampilan ini selepas kekalahan menentang Donald Trump. Namun, beliau masih hadir ke malam gala Tabung Pertahanan Kanak-Kanak di Washington DC terbabit kerana komitmen dan menghormati mentor beliau.

Sejak seminggu yang lalu, Clinton mengakui beliau hanya menghabiskan masa bersama haiwan kesayangannya dan membaca buku di rumah.

Clinton tiba dan meninggalkan majlis itu menggunakan laluan khas bagi mengelak daripada diburu oleh wartawan dan pihak akhbar.

Beliau bersetuju untuk menghadiri majlis terbabit sebelum kekalahan beliau menentang Trump lagi.

Clinton pernah bekerja di sekolah terbabit selepas tamat daripada pengajian undang-undangnya. Beliau bekerja di sana ketika sekolah itu baru ditubuhkan bukan untuk kepentingan kewangan semata-mata.

Beliau dikatakan hadir ke majlis itu bagi menghormati mentor beliau iaitu Edelman yang juga pengasas sekolah tersebut.

Dalam majlis tersebut, beliau memaklumkan bahawa beliau sedia maklum ramai rakyat Amerika kecewa dengan keputusan pilihanraya yang lepas.

Beliau juga mengakui bahawa kecewa sehingga tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata.

Jualan Sektor Pembuatan di Kanada Naik 0.30% Pada September

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat