Jualan Sektor Pembuatan di Kanada Naik 0.30% Pada September

41

Jualan sektor pembuatan di Kanada (Canadian manufacturing sales) naik 0.30% pada September berbanding jangkaan pasaran -0.20% pada Oktober. Ogos lepas data ini mencatatkan bacaan 0.90%.

Data ini dikeluarkan selepas 45 hari sesuatu bulan itu berakhir. Contoh, data yang dikeluarkan ini adalah bacaan bagi bulan September.

Jualan meningkat dalam 12 daripada 21 kategori dengan peningkatan kukuh sebnyak 1.50% yang dicatatkan dalam sektor pengangkutan barang. Secara keseluruhan peningkatan dalam jualan sektor pembuatan ini disumbangkan oleh sektor pengangkutan. Sektor ini adalah sektor terbesar dalam 21 kategori ini.

Tempahan baru meningkat 2.30% menjadikan kenaikan tahunan mencatat 3.30% walaupun masih ada kebimbangan bagi inventori yang belum ditempah.

Peningkatan jualan yang konsisten ini akan menaikkan keyakinan dan tempahan baru dalam jualan pengilang. Kenaikan dalam tempahan akan meningkatkan sentiment keyakinan dalam pasaran ini.

Sejurus sahaja data dikeluarkan semalam (16 Nov, 9.30 malam) Canadian dollar (CAD) menguat dengan Usd/Cad jatuh ke 1.3455 dari 1.3470 walaupun pasaran secara keseluruhannya lebih fokus kepada petunjuk ekonomi yang lebih menyeluruh seperti harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat