Ini Yang Disampaikan Gabenor BOJ Kepada Perdana Menteri Suga

258

Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ) Haruhiko Kuroda mengatakan pada hari Khamis bahawa beliau telah menjelaskan kepada Perdana Menteri Yoshihide Suga mengenai rancangan bank pusat untuk melakukan kajian semula ke atas alat polisinya pada bulan Mac.

Selain itu, mereka juga turut membincangkan mengenai perkembangan ekonomi global yang dilihat semakin meningkat, berdasarkan unjuran yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pertemuan ini merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh Gabenor BOJ dan Perdana Menteri untuk bertukar-tukar pandangan mengenai ekonomi dan dasar semasa.

Komen Kuroda mengenai tinjauan itu menyusuli pengumuman BOJ pada bulan Disember bahawa pihaknya akan menilai alat polisinya pada bulan Mac ketika kesan dari krisis Covid-19 ke atas ekonomi, telah memaksa bank pusat untuk mengekalkan program rangsangan yang besar dan berpanjangan.

Sementara itu, Kuroda juga mengatakan Suga tidak memberi komen khusus mengenai tinjauan BOJ pada bulan Mac dan kedua-duanya tidak membincangkan mengenai isu Sukan Olimpik Tokyo yang mungkin dibatalkan disebabkan krisis pandemik yang masih belum dapat dibendung sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi ulasan lanjut mengenai perkembangan ekonomi negara susulan pertemuan tersebut, yang mana eksport dan output dikatakan telah pulih ke tahap sebelum Covid-19 melanda serta penggunaan Jepun juga menunjukkan sedikit peningkatan. Namun, menurut Kuroda, perbelanjaan perkhidmatan dilihat tetap lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat