Ini Yang Terjadi Kepada Komoditi Hitam Sementara Menunggu Data Simpanan Dari Institut Petroleum AS!

36

Harga minyak mentah rebound dalam sesi Asia sementara menunggu data simpanan stok minyak mentah AS pada hari Rabu.

Minyak mentah bagi penghantaran November meningkat 0.20% kepada $50.89 setong.

Kemudian pada hari ini, Institut Petroleum AS akan mengeluarkan anggaran bagi angka simpanan stok minyak mentah dan produk tapisan bagi minggu berakhir minggu lepas. Data ini seterusnya akan diikuti dengan data rasmi yang akan diumumkan pada Khamis oleh Jabatan Tenaga AS dan Agensi Tenaga Antarabangsa.

Pada hari Selasa, IEA berkata bahawa permintaan minyak dunia akan dijangka berkembang pada kadar 1.2 juta tong sehari pada tahun 2017, tidak berubah dari yang telah ditetapkan bulan lepas.

Pun begitu, IEA telah mengurangkan anggaran pertumbuhan tahun ini kepada 1.2 juta tong sehari.

Minyak mentah melonjak semalam setelah Presdien Russia, Vladimir Putin berkata bahawa Russia bersedia untuk menyokong pembekuan output global bagi menstabilkan semula pasaran itu.

Inilah Sebab Kenapa Harga Terendah GBPUSD Berbeza Bagi Sesetengah Forex Broker!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat