US Dollar memberi laluan kepada matawang lain pada Rabu sementara menantikan sidang akhbar oleh Donald Trump yang dikatakan bakal mencorakkan pasaran dalam jangka masa pendek.
Euro kekal pada paras $1.0552 selepas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 hari semalam.
US Dollar didagang stabil pada 115.765 Yen. Matawang Greenback telah mengalami kerugian selama dua hari berbanding Yen kerana pelabur beralih kepada safe-haven asset sementara bersiap sedia untuk sidang akhbar pertama sejak memenangi pilihanraya pada bulan November lalu.
Trump dijangka akan menggubal langkah-langkah rangsangan ekonomi, disokong oleh perbelanjaan fiskal secara besar-besaran. Prospek ini telah menghantar Wall Street ke paras tertinggi dan hasil hutang AS juga telah melonjak ke tahap yang paling tidak disangka-sangka sejak 2014.
Dengan jangkaan itu, pasaran kewangan kini sedang memberi tumpuan tentang bagaimana Trump akan melaksanakan janji-janji beliau yang telah diutarakan dalam kempen sebelum ini.
Menurut ahli strategi kanan forex di IG Securities Tokyo iaitii Junichi Ishikawa, US Dollar berpotensi untuk meneruskan momentum Bullish jika Trump menyediakan butiran khusus untuk mencapai langkah rangsangan tersebut.
Selain dasar tersebut, pasaran juga dijangka akan memberi tumpuan kepada faktor-faktor lain yang berisiko mengganggu gugat pasaran seperti pendirian tegas Trump terhadap China.
US Dollar Index pula hampir tidak berubah kepada 102.04.
Bagi matawang Pound, matawang ini mula mencipta langkah untuk bangkit dari tahap lemah yang dicatat dalam tempoh dua bulan semalam.
Aussie pula menurun 0.1 peratus selepas melonjak ke paras tertinggi sejak pertengahan Disember lalu, semalam.