Ini Yang Terjadi Pada Dagangan USD Susulan Data GDP Pada Minggu Lalu

696

Matawang dolar Amerika Syarikat mengalami kejatuhan pada dagangan Jumaat kembali menutup keuntungan yang dicapai untuk tiga hari berturut-turut sebelum itu, selepas data ekonomi yang dinanti-nantikan pada oleh pelabur mencatatkan bacaan yang bercampur-campur.

Data awal pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama 2019 merekodkan bacaan angka yang tinggi dengan peningkatan kepada 3.2% berbanding bacaan 2.2% sebelum ini yang telah dikemaskini semula. Sejurus selepas data tersebut dikeluarkan, nilai USD melonjak tinggi membuat kenaikan mengatasi kesemua pasangan matawang utama yang lain.

Namun, lonjakan tersebut tidak bertahan lama apabila pasaran menyaksikan dagangan USD kembali menjunam semula daripada paras lonjakan harga. Ini adalah disebabkan data awal untuk indeks harga bagi suku tahun pertama 2019 pula mencatatkan bacaan yang rendah iaitu 0.9% sahaja berbanding jangkaan penurunan kepada 1.3% dan jauh lebih rendah daripada bacaan suku tahun terakhir 2018 iaitu pada kadar 1.7%.

Data inflasi yang menjadi rujukan bank pusat itu dan akan mempengaruhi keputusan penetapan kadar faedah pada minggu ini memberikan perspektif yang negatif kepada pelabur sekaligus kembali melemahkan nilai matawang USD dalam pasaran walaupun data GDP adalah kukuh.

Matawang Euro yang diniagakan lemah di sekitar paras terendah berbanding dolar USD sejak Mei 2017 berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di zon Eropah, kembali meningkat pada kadar 0.19% menjelang pilihan raya di Sepanyol.

Pound Sterling turut menunjukkan sedikit peningkatan pada dagangan Jumaat lalu namun masih dilihat berisiko dengan kebimbangan terhadap ketidantentuan rundingan Brexit masih membayangi pasaran. Penurunan nilai dagangan Sterling pada minggu lalu juga adalah dilihat sebagai penurunan terbesar mingguan untuk bulan April.

Goldman Sachs menyampaikan kenyataan bahawa rundingan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah yang berlarutan akan terus memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan produktiviti yang lemah akan mempengaruhi pertumbuhan.

Sementara matawang Yen pula pada minggu ini dijangka akan bergerak perlahan ekoran bank pusat di Jepun ditutup dan akan kembali beroperasi semula pada minggu hadapan. Sebarang berita penting atau isu-isu utama yang sensitif terhadap sentimen pasaran akan memberikan impak terhadap dagangan Yen berikutan faktor kecairan yang rendah membuatkan pergerakan volatile harga.

Kawal dagangan anda dengan sebaiknya dan pantau data-data ekonomi utama yang akan menghiasi pasaran sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat