Ini Yang Terjadi Pasaran Minyak Selepas Taufan Laura Melanda

439

Harga minyak mentah jatuh pada Jumaat setelah Taufan Laura yang melanda Lousiana dan Texas tidak menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur minyak, tidak seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 6 sen kepada $42.98 setong, namun berada di landasan untuk kenaikan minggu keempat berturut-turut dengan peningkatan 1.5% pada minggu ini.

Sementara niaga hadapan minyak Brent untuk Oktober pula jatuh 2 sen kepada $45.07 setong, tetapi turut menuju kenaikan mingguan sebanyak 1.6%.

Taufan Laura yang melanda pada awal Khamis dilaporkan telah merosakkan bangunan dan menjejaskan lebih 650,000 orang di Louisiana dan Texas, tetapi kilang-kilang penapisan minyak terhindar daripada banjir besar yang menjadi kebimbangan sebelum ini.

Lebih daripada 80% pengeluaran minyak di Teluk Mexico dan hampir 3 juta tong sehari japasiti penapisan telah ditutup sebagai persediaan menghadapi taufan, menyebabkan lonjakan harga minyak pada awal minggu.

Setelah berlalunya Taufan Laura yang menggusarkan pasaran sejak awal minggu, perhatian pelabur kini akan kembali terarah kepada prospek terhadap pemulihan permintaan tenaga global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat