Ini Yang Trader Perlu Tahu Selepas UK-EU Capai Kesepakatan

656

UK dan Kesatuan Eropah (EU) akhirnya berjaya mencapai kesepakatan dalam rundingan perdagangan pasca-Brexit selepas berbulan-bulan berunding untuk memastikan Britain keluar daripada blok itu dengan perjanjian.

“Kesepakatan telah dicapai”, menurut pernyataan dari Downing Street UK pada hari Khamis minggu lalu, dan kemudiannya diikuti oleh pengesahan dari Brussels.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang bercakap tidak lama selepas pengumuman itu, mengatakan bahawa perjanjian yang dicapai adalah kesepakatan baik untuk seluruh Eropah.

UK berjaya memperoleh perjanjian yang diidamkannya selama ini iaitu ‘perjanjian gaya Kanada’, iaitu sifar tarif dan kuota, yang akan membantu melancarkan perdagangan barangan di seluruh saluran.

Ini akan memberi kelegaan buat pengkesport di kedua-dua belah pihak yang telah berdepan tarif lebih tinggi dan menanggung kos susulan perjanjian yang tidak dapat dicapai.

Namun begitu, perjanjian perdagangan masih perlu mendapatkan ratifikasi oleh parlimen EU dan UK. PM Johnson telah mengesahkan bahawa Parlimen UK akan mengundi perjanjian perdagangan yang dicapai pada 30 Disember.

Sementara itu, Parlimen EU pula dilaporkan akan menganalisis perjanjian tersebut terlebih dahulu secara terperinci sebelum memutuskan sama ada ia bersetuju dengannya pada tahun baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat