Inikah ‘Hint’ Bitcoin (BTC) Bakal Berdesup Lagi?

4,074

Bekalan kitaran bagi empat stablecoins terbesar dalam sektor kripto dilaporkan telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, menunjukkan pelabur akan ‘terjah’ pasaran ini dalam masa terdekat.

Bermulanya 2021, nilai pasaran bagi Tether (USDT), USD Coin (USDC), Binance USD (BUSD) dan Dai (DAI) melonjak hampir 190% daripada $27 bilion menghampiri $78 bilion.

Dalam laporan oleh Glassnode menunjukkan Tether kekal mendominasi pasaran stablecoin, mewakili 2-3 daripada keseluruhan jumlah nilai pasaran empat stablecoins utama.

Pada masa yang sama, jumlah USDT yang telah dilombong juga telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $51.78 bilion pada hujung minggu lalu selepas melonjak 3% dalam 7 hari.

Manakala bekalan USDC turut meningkat kira-kira $1 bilion pada minggu lepas dengan nilai pasarannya berada pada rekod $14.5 bilion.

Pada hari ini, BUSD mencatatkan bekalan kitaran pada rekod $7.8 bilion. Tidak dilupakan bekalan DAI turut mencecah ATH, $3.9 bilion.

Berdasarkan rekod yang meningkat, Glassnode turut menekankan Stablecoin Supply Ratio (SSR) bagi Bitcoin kini berada di tahap terendah year-to-date (YTD), 13.4 dan dilihat menghampiri paras terendah sepanjang masa, 9.6.

Rekod SSR juga catat rekod terendah bagi dua tahun berturut-turut bagi 2020 dan 2021 ketika bekalan stablecoin meningkat mengikut bullish trend Bitcoin.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bullish terhadap pasaran ini bakal tiba tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat