Inilah 5 Pesaing Terbesar Ethereum!

6,147

Penganalisis kripto, Lark Davis mendedahkan Ethereum (ETH) berhadapan dengan persaingan sengit ketika pasaran kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible token (NFT) meledak.

Walaupun tidak dinafikan Ethereum masih berpotensi dengan tawaran berskala besar, namun sebelum ia benar-benar terjadi, terdapat beberapa platform kontrak pintar terlebih dahulu mencuri perhatian pelabur dan pembangun aplikasi.

BINANCE SMART CHAIN (BSC)

Sudah terang lagi bersuluh, BSC berjaya mencantas populariti Ethereum ketika rangkaian itu berhadapan dengan isu harga gas yang terlalu tinggi. Hanya dalam beberapa bulan sahaja, BSC telah meraih 15% jumlah nilai terkunci DeFi, membuktikan blockchain pertama yang mampu berbuat demikian.

POLKADOT (DOT)

Polkadot antara ekosistem terbaik yang boleh dikatakan. Majoriti pembangun dan pelabur teruja dengan kebolehan rangkaian itu walaupun masih tidak sepenuhnya dilancarkan.

Menurut Davis, boleh dikatakan hampir 200 projek sedang dibangunkan di rangkaian itu, atau lebih tepat berintegrasi dengan Polkadot.

CARDANO (ADA)

Komuniti Cardano dan hype di sekitarnya luar biasa! Jika diberi perhatian, Cardano merupakan salah satu daripada blockchains teratas yang memiliki user base yang agak besar. Malah, Cardano sendiri sedang giat mengembangkan ekosistemnya dengan yang terbaru akan menyokong pasaran NFT.

Disebabkan itu, penganalisis ini sangat yakin dengan pertumbuhan Cardano yang bakal mengatasi Ethereum pada masa akan datang.

Davis juga ada menyebut Terra dan Solana turut bersama-sama dengan BSC, Polkadot dan Cardano, menjadikan Ethereum kini ‘dikepung’  lima pesaing hebat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat