Perkembangan Terkini Regulasi Pasaran Forex Dunia

116

Timbalan Gabenor Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia,RBA) Guy Dabelle membincangkan tentang regulasi dalam pasaran matawang pada pagi tadi yang memberikan panduan terkini Global Code of Conduct (Panduan Kod Global).

Global Code ini adalah rangka kerja yang dibuat oleh jawatankuasa gabenor Bank for international Settlements (BIS) dalam urusniaga pasaran matawang. Bank for international Settlements (BIS) adalah bank pusat kepada bank-bank pusat seperti The Fed (bank pusat US) dan European Central Bank (Bank Pusat Kesatuan Eropah).

BIS tidak menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu dan syarikat. Bank ini terletak di Basel, Switzerland dan mempunyai wakil di Mexico dan Hong Kong.

Dabelle mengatakan, “kita berada pada trek yang betul untuk menyiapkan kod ini supaya ia boleh dikeluarkan di London pada May 2017”. Tambahnya lagi, “untuk mencapai kepada objektif asal kod ini, ia perlu diterima dan dipersetujui oleh semua pemain pasaran matawang”.

Melalui jawatankuasa di dalam BIS ini, bank pusat di seluruh dunia perlu mengikuti regulasi yang telah dibuat berkaitan pasaran tukaran matawang yang mana pasaran paling tinggi kecairannya di dunia.

Menurut Bank for international Settlements (BIS), jumlah urusniaga pasaran tukaran matawang mencapai $5.3 trilion sehari.

Dabelle menunjukkan bank-bank pusat utama di dunia memberikan komitmen kepada pembuatan rangka kerja kod ini dan menyatakan wakil dari RBA sendiri terlibat dalam pembinaannya. Untuk rekod, proses pembuatan rangka kerja ini bermula pada May tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat