Inilah Sebab Kenapa USD Junam Walaupun Data Ekonomi AS Positif!

1,134

Kenapa US dolar ketara menyusut pada dagangan Rabu semalam walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pamerkan bacaan data yang positif?

Sesi New York semalam menyaksikan terbitan bagi beberapa data ekonomi AS dan menjadi tumpuan adalah pada laporan data pertumbuhan ekonomi AS menerusi bacaan akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku ketiga.

Dijangka untuk kekal, angka bacaan sebaliknya meningkat kepada 2.3% berbanding 2.1% bacaan sebelum ini. Data tinjauan keyakinan pengguna AS juga turut catatkan peningkatan.

Selain itu juga, pasaran turut menantikan perkembangan terbaru selepas dilaporkan White House sedang pertimbangkan untuk berbincang dengan Senator AS berhubung isu pakej perbelanjaan Presiden Joe Biden yang sebelum ini telah ditolak.

Pelabur mula menilai pemulihan bagi ekonomi global dengan bacaan baik pertumbuhan ekonomi terbesar di dunia itu membuatkan sentimen pasaran positif dan mendorong pelabur beralih ke arah pelaburan berpulangan tinggi.

Justeru, faktor sentimen risk-on ini telah membuatkan mata wang safe-haven termasuk US dolar, Yen dan Swiss franc mula mengalami penyusutan ketara pada sesi New York semalam sementara mata wang berisiko seperti dolar Australia dan dolar New Zealand manfaatkan peluang untuk meningkat semula.

Begitu juga mata wang Eropah iaitu Pound dan Euro yang mencatatkan pengukuhan mengambil kesempatan di atas situasi penyusutan US dolar.

Walaupun sebelum ini pelabur positif melihat unjuran bagi pengukuhan US dolar susulan keputusan hawkish Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC, namun tetap perlu berwaspada terhadap perubahan sentimen pasaran semasa yang turut mempengaruhi pergerakan raja mata wang tersebut.

Pada sesi New York hari ini pula (Khamis), tumpuan akan diberikan pula kepada terbitan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna di AS serta data tempahan barangan tahan lama AS pada jam 9.30 malam waktu tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat