Inisiatif Teknologi Ini Bakal Bantu Ramai Peniaga Kecil Yang Terjejas

207

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) dan pemacu inovasi, The Finlab melancarkan platform digital serantau, The Finlab Online bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta start-up untuk melaksanakan penyelesaian digital bagi mengubah perniagaan mereka.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini, UOB Malaysia berkata, platform berkenaan turut menggabungkan Program Jom Transform, di bawah kelolaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), yang menjadi rakan strategik, bagi mempercepat rancangan digitalisasi perniagaan tempatan.

PKS yang mengambil bahagian dalam Program Jom Transform tahun ini akan menjalani kurikulum The Finlab Online selama sebulan. Mereka akan dapat memanfaatkan kepakaran mentor industri dari UOB dan rakan ekosistem serantau menerusi bengkel atas talian, pembelajaran video tutorial dan webinar serta nasihat daripada MDEC.

Para peserta boleh melakukan penilaian sendiri terhadap keperluan teknologi mereka berdasarkan alat analisis perniagaan milik The Finlab.

Tambah UOB, para peserta kemudiannya akan dibimbing mengenai strategi dan penyelesaian digitalisasi untuk mengatasi cabaran perniagaan dengan segera dan dipadankan dengan penyedia penyelesaian teknologi yang relevan.

Peserta turut dapat memanfaatkan jaringan komuniti The Finlab untuk menangani masalah yang khusus bagi keperluan perniagaan dan operasi mereka seperti e-dagang, pemasaran, sumber manusia, operasi pentadbiran dan pengurusan perhubungan pelanggan.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong, memandangan persekitaran operasi semasa terkesan dengan teruk akibat pandemik Covid-19, adalah penting bagi perniagaan untuk menggunakan teknologi dengan berkesan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta menguruskan operasi mereka dengan lebih efisien.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat