Injective Protokol adalah pertukaran derivatif desentralisasi yang dibina di Ethereum dan disokong oleh penyelesaian lapisan-2 yang membantu pelabur untuk mengakses pasaran DeFi dengan cara yang lebih cepat dan selamat.
Sebagai tambahan, Injective Protokol memanfaatkan teknologi blockchain lapisan-2 untuk menyusun pemindahan pada Invective Chain melalui penggunaan persekitaran yang sesuai dengan Ethereum Virtual Machine (EVM).
EVM ini dibina dengan komponen utamanya, Cosmos-SDK yang merupakan rangkaian sampingan dalam memungkinkan pelaksanaan yang berskala di rangkaian Ethereum.
Eric Chen merupakan pengasas bersama Injective Labs yang disokong oleh Albert Chon sebagai ketua pegawai teknikal kepada Injective Protokol.
Dapat diperhatikan pada carta INJ/USDT, pergerakan harga INJ dilihat mengukuh pada penghujung pasaran Jun apabila kembali membuat lonjakan sekitar 44% setelah mencecah zon sokongan $5.10-$5.50.
Memasuki pasaran Julai, lonjakan harga INJ sedikit menyusut untuk menguji semula paras RBS (resistance become support) sekitar $6.50 sebagai petunjuk awal trend kenaikan yang lebih jelas.
Untuk kenaikan harga seterusnya, pergerakan harga dijangka akan kembali menguji paras SBR (support become resistance) $7.50 sebelum mencatat kenaikan yang lebih tinggi.
Sekiranya harga INJ kembali membuat penurunan semula, zon sokongan $5.10-$5.50 dilihat masih kekal menjadi zon utama untuk dinilai sama ada zon tersebut mampu menyokong semula lonjakan harga yang lebih drastik.
Zon rintangan sekitar $3.50-$3.90 bakal menjadi zon seterusnya untuk diuji jika pergerakan harga INJ terus kekal membuat trend penurunan.
Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga INJ membuat lonjakan melebihi 1% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $6.57.
Lihat gambar carta matawang kripto INJ/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.