Insiden Tragis Di Kilang LG India Adalah Kes Bunuh?

504

Umum mengetahui bahawa pada 7 Mei yang lalu, seramai 15 individu telah didapati maut akibat daripada kebocoran gas beracun di kilang kimia LG Polymers, iaitu anak syarikat LG Chem yang terletak di India. Lebih mengejutkan ialah kejadian tersebut dikategorikan sebagai kes bunuh. Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini?

Semalam, beberapa suspek yang disyaki bersalah telah pun diberkas bahkan ianya melibatkan pegawai pengurusan tertinggi syarikat berkenaan iaitu Ketua Eksekutif, Sunkey Jeong dan Pengarah, DS Kim yang kedua-duanya merupakan warga Korea Selatan. Selain itu, seramai 10 orang pekerja tempatan LG Polymers turut ditahan. Seterusnya, mereka bakal dihadapkan dengan pertuduhan membunuh kerana didakwa telah menyebabkan insiden tersebut terjadi serta melalukan pencemaran alam sekitar.

Kesemua suspek berkenaan telah direman selama 15 hari. Jika didapati bersalah, mereka bakal dijatuhkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Di samping itu, syarikat tersebut juga didakwa cuai hingga mengakibatkan kemalangan itu. Hal ini demikian kerana pematuhan protokol keselamatan tidak dipatuhi dengan baik serta memiliki sistem tindak balas kecemasan yang lemah.

Berikutan dengan insiden tersebut, 2 orang jurutera alam sekitar di Badan Kawalan Pencemaran juga telah digantung kerja kerana gagal melakukan pemantauan terhadap operasi kilang itu.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat