Intai Peluang Dagangan Pada CAD/JPY Menjelang Penetapan Kadar Faedah di Kanada Hari Ini

489

Sentimen pasaran masih lagi bercampur-campur namun masih memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven Yen. Yen berjaya kekal didagangkan mengukuh walaupun faktor fundamental bank pusat yang ingin terus mengekalkan polisi yang longgar dijangka akan menjejaskan nilai dagangan matawang tersebut.

Situasi yang berterusan melihatkan dagangan Yen mampu bertahan selagi tiada sebarang perubahan pada sentimen pasaran semasa yang membuatkan permintaan terhadap matawang pulangan rendah kembali menyusut.

Perkembangan pada matawang komoditi dolar Kanada pula, CAD semakin terbeban dengan pelbagai isu yang timbul di Kanada selain daripada masalah perdagangan, laporan berkenaan peletakan jawatan oleh ahli kabinet dalam kepimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau turut menggoyahkan dagangan Loonie.

Debaran Loonie semakin dihangatkan lagi dengan tumpuan pasaran pada hari ini adalah terhadap data imbangan dagangan di Kanada pada jam 9.30 malam ini sebelum penetapan kadar faedah oleh bank pusat Kanada beserta data IVEY PMI yang akan dikeluarkan bersama pada jam 11 malam pula.

Dengan padanan Loonie dan Yen bersama, pasangan matawang CAD/JPY pada bulan ini menunjukkan corak pergerakan menurun setelah mencapai paras ketinggian semasa pada paras sekitar 85.200.

Harga yang gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot semalam kemudiannya membuat penurunan berikutan dolar CAD yang terus berisiko dalam pasaran semasa di samping Yen yang masih berjaya mengekalkan dagangannya yang stabil.

Dagangan CAD/JPY pada sesi pasaran Asia hari ini melihatkan harga turun melepasi paras support MagicS1 menuju ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Penurunan harga yang berjaya diteruskan dijangka boleh mencecah sehingga ke paras terendah sekitar 82.900 untuk harga menguji zon support tersebut.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan kenaikan harga bakal menguji paras tumpuan 84.000 atau lebih tinggi lagi ke paras zon resistance 84.400 pada chart CAD/JPY.

Lihat gambar chart CAD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line boleh membantu anda menentukan destinasi pergerakan harga semasa.

Paras support: 83.681, 83.571, 83.387.

Paras resistance: 83.975, 84.159, 84.269.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat