Inventori Minyak Mentah Amerika Syarikat Kekal Meningkat!

43

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan pada lewat Selasa bahawa inventori minyak mentah melonjak sebanyak 5.8 juta tong pada minggu berakhir 27 Januari lalu.

Dalam masa yang sama, stok sulingan meningkat sebanyak 2.3 juta tong dan bekalan petrol melonjak sebanyak 2.9 juta tong.

Bagaimapun, inventori logam hitam di Cushing, Oklahoma direkod menjunam sebanyak 900,000 tong.

Anggaran tersebut seterusnya diikuti dengan laporan rasmi daripada Jabatan Tenaga AS. Penganalisis menjangkakan data dari jabatan tersebut akan dilaporkan meningkat sebanyak 3.063 juta tong.

Kritikan dan Dasar Terkini Trump Telah Menghumban US Dollar ke Paras Terendah Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat