Kritikan dan Dasar Terkini Trump Telah Menghumban US Dollar ke Paras Terendah Dalam Sesi Ini

45

US Dollar menjunam berbanding matawang utama yang lain pada Rabu selepas Presiden Donald Trump dan penasihat ekonomi utamanya meningkatkan kebimbangan bahawa Washington telah bersedia untuk melemahkan matawang Greenback.

Trump dan penasihat perdagangan Peter Navarro mengkritik Jerman, Jepun dan China kerana beranggapan bahawa tiga rakan dagangan utama tersebut telah menjatuhkan nilai matawang mereka dan memberi kelemahan kepada US Dollar.

US Dollar menjunam sebanyak 0.9 peratus berbanding Yen ada Selasa berikutan kenyataan Trump dan sekali gus menyentuh paras terendah dalam tempoh dua bulan kepada 112.080.

Yuan di offshore didagang meningkat kira-kira 0.4 peratus dalam sekelip mata.

Dalam masa yang sama, Euro dinilai stabil kepada $1.0803 selepas mencatat keuntungan sebanyak 1 peratus hanya dalam sekelip mata.

Matawang yang sama mendapat rangsangan selepas Navarro berkata kepada Financial Times bahawa Jerman meletakkan nilai Euro terlalu rendah bagi mendapatkan kelebihan ke atas Amerika Syarikat dan rakan-rakan Kesatuan Eropah yang lain.

Menurut ahli strategi matawang di Barclays, Shin Kadato, pentadbiran Trump jelas menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan kelemahan US Dollar dan mengkritik dasar matawang lain.

Dalam situasi itu, hasil AS akan kehilangan hubungan dengan Dollar kerana apa-apa kenaikan hasil akibat jangkaan dasar kewangan tidak lagi dapat menyokong US Dollar.

Ini Sebab Nzd/Usd Jatuh Sejak Pukul 5 Pagi Tadi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat