Ini Sebab Nzd/Usd Jatuh Sejak Pukul 5 Pagi Tadi

68

Pagi ini dimulakan dengan data negatif dari sektor pekerjaan New Zealand. Jumlah pekerjaan di negara ini dilaporkan meningkat berbanding sebelum ini, tetapi masih dalam kadar sederhana. Manakala kadar pengangguran meningkat kepada 5.2% berbanding 4.9% sebelum ini.

Jumlah pekerjaan secara keseluruhan naik 0.8% pada tempoh Oktober-Disember yang menyamai jangkaan pasaran. Bacaan kali ini adalah kenaikan selama lima kali berturut-turut.

Kadar penyertaan tenaga kerja (Workforce participation) mengukuh kepada 70.5% dari 70.1%.

Pengangguran di N.Zealand menyusut sedikit demi sedikit sepanjang 2016 yang memberi petunjuk kepada keadaan ekonomi yang baik secara keseluruhan. Dalam rmalan HSBC baru-baru ini menunjukkan negara ini akan menjadi ekonomi yang paling mapan dalam kalangan ‘Ekonomi pesat membangun’ (Emerging market).

Hal ini berikutan jangkaan ekonomi yang semakin baik dengan sektor pembinaan dan pelancongan yang semakin rancak berjalan. Dari segi pelancongan, kemasukan pelancong juga melonjakkan perbelanjaan dan permintaan dalam ekonomi domestik.

HSBC menjangkakan pengukuhan ekonomi akan memberi ruang kepada bank pusat untuk mula menaikkan kadar pada awal tahun hadapan. Untuk rekod RBNZ (Reserve Bank of N.Zealand) memotong kadar ke paras terendah pada 2016 bagi melawan deflasi di negara itu.

Awal minggu ini, pihak kerajaan N.Zealand melaporkan amaun ‘trade deficit‘ (defisit perdagangan) yang terendah dalam masa enam bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat