Inventori Minyak Mentah U.S Jatuh, Harga Minyak Naik

66

Harga minyak meningkat pada hari ini dalam pasaran Asia berikutan kejatuhan dalam inventori minyak mentah U.S dan ketegangan di Timur Tengah yang dapat merosakan bekalan pengeluaran.

Pasaran hadapan minyak mentah di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November naik 0.44% kepada $52.11 setong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) naik 0.29% kepada $58.28 setong pada jam 10.35 a.m.

Menurut para pedagang kenaikan harga minyak mentah disebabkan kejatuhan dalam inventori minyak mentah U.S dan tumpuan terhadap peperangan di Iraq dan ketegangan politik antara U.S dan Iran dapat mempengaruhi pengeluaran.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada hari Selasa, inventori minyak mentah U.S jatuh sebanyak 7.1 juta tong kepada 461.4 juta pada minggu yang berakhir 13 Oktober.

Selain itu, yang turut menekan pasaran U.S ialah ketegangan di Timur Tengah meningkatkan lagi risiko dan harga minyak mentah.

Kerajaan Iraq berkeras untuk menawan bandar Kirkuk yang kaya dengan hasil minyak pada awal minggu. Dikhuatiri pertentangan sesama mereka akan merosakkan bekalan pengeluaran minyak.

Selain itu, turut mempengaruhi peningkatan harga minyak pada hari Rabu ialah tindakan Presiden Trump yang menolak untuk menyetujui bahawa Tehran memenuhi kesepakatan dengan perjanjian nuklear Iran 2015.

Menurut penganalisis Bank Of America, Iran berekemungkinan membataskan pengeluaran minyak dari daerahnya dan harga minyak dijangka akan meningkat pada harga $54 suku tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat