Iost (IOST) Punyai Perbezaan Signifikan Berbanding Pesaingnya!

160

IOST menggambarkan dirinya sebagai “ultra-fast,” sebuah rangkaian blockchain yang tidak berpusat sepenuhnya serta mempunyai ekosistem nod, dompet (wallet) yang tersendiri, berdasarkan algoritma konsensus “proof-of-believability”.

Infrastruktur blockchain IOST bersifat sumber terbuka untuk menjadi lebih selamat dan berskala, dengan harapan berfungsi sebagai tulang belakang kepada perkhidmatan dalam online pada masa akan datang.

Dilancarkan pada Januari 2018 oleh Jimmy Zhong, Terrence Wang, Justin Li, Ray Xiao, Sa Wang dan Kevin Tan.

Perbezaan terbesar antara IOST dan pesaingnya ialah IOST mendakwa dapat memproses sehingga 100,000 transaksi sesaat berbanding Ethereum 20, Tron 2,000 dan 4,000 EOS.

Untuk mencapai kelajuan transaksi ini, pasukan IOST telah mencipta seni bina blockchain terbaru, yang memperkenalkan dan menggabungkan beberapa inovasi termasuk Distributed randomness protocol, Efficient distributed sharding, TransEpoch, Atomix, Proof-of-Believability dan Micro State Blocks.

Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga IOST/USDT,

Pergerakan harga IOST telah mempamerkan rekod pasaran 2021 yang baik dengan menghasilkan lonjakan lebih 1,500% mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.091 pada 14 April yang lalu.

Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga IOST sedang memberi isyarat positif untuk memperoleh momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.023 dilihat bakal menjadi paras tumpuan seterusnya untuk diuji.

Sekiranya pergerakan harga kekal menyaksikan trend kenaikan dan melepasi ruangan zon SBR $0.023 tersebut, kenaikan harga yang lebih tinggi bakal berlaku dan menuju ke zon SBR seterusnya sehingga menguji paras resistance yang dinantikan oleh para pelabur.

Namun jika harga IOST kembali menyaksikan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.019 sebelum menuju ke paras sokongan yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, IOST/USDT didagangkan pada harga $0.021 melonjak hampir 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto IOST/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat