IPI Malaysia Naik 2.5% Pada September 2021

102

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPI) meningkat 2.5% pada September 2021 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Memetik kenyataaan ketua perangkaan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, peningkatan tersebut disumbangkan oleh kenaikan 4% dalam indeks pembuatan dan 0.4% dalam indeks elektrik sementara indeks perlombongan mencatat pengurangan sebanyak 3%.

Suku ke-3 IPI 2021 merosot sebanyak 1.1% berbanding suku yang sama pada 2020 kerana penurunan tersebut terjejas oleh kejatuhan semua indeks eletrik, perlombongan dan pembuatan pada 3.1%, 2.2% dan 0.7%.

IPI dari Januari hingga September 2021 mencatat perkembangan sebanyak 7.6% berbanding tempoh sama pada 2020. Hasil kenaikan tersebut disumbangkan oleh indeks pembuatan 9.6%, indeks perlombongan 2.3% dan indeks eletrik 1.6%.

Keluaran sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 4% pada September 2021 selepas mencatat pertumbuhan 0.6% pada Ogos 2021.

Hujar Uzir lagi, subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada September 2021 adalah produk elektrik dan elektronik sebanyak 12.3%, petroleum, kimia, getah dan produk plastik pada 6.1% dan makanan, minuman dan tembakau di 2.1%.

Tambahnya lagi, industri berorientasikan eksport berkembang 6.7% sementara industri berorientasikan import menyusut 1.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat