Iran Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Trump!

1,358

Menurut sebuah laporan, Kerajaan Iran telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung pembunuhan komander tertinggi Qasem Soleimani pada bulan Januari yang lalu. Selain itu, Tehran turut didakwa meminta bantuan daripada Interpol bagi memberkas presiden negara kuasa besar berkenaan.

Ali Alghasi-Mehr, yang merupakan general agung Tehran telah mendedahkan Trump dan 35 rakyat Iran yang lain dan menjatuhkan pertuduhan terhadap mereka yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Qasem Soleimani. Kesemua yang tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dan keganasan. Oleh yang demikian, Iran telah menggesa Interpol untuk mengeluarkan red notice kepada mereka. Untuk pengetahuan semua, red notice merupakan notis tahap tertinggi yang boleh dikeluarkan Interpol ke atas individu yang disyaki bersalah serta perlu diberkas.

Walau bagaimanapun, Trump dikhabarkan selamat kerana Interpol tidak boleh memenuhi permintaan Iran. Hal ini demikian kerana garis panduan agensi antarabangsa itu melarang untuk melakukan campur tangan atau terlibat dengan aktiviti politik.

Sedikit info berkenaan Soleimani, beliau merupakan ketua Pasukan Quds Iran yang berusia 62 tahun. Pentadbiran Trump telah melabelnya sebagai pengganas serta Washington menganggapnya sebagai individu yang bertanggungjawab atas kematian ratusan tentera Amerika Syarikat di Iraq. Seterusnya, beliau dilaporkan meninggal dunia dalam serangan drone yang diarahkan oleh Trump pada awal Januari di ibu kota Iraq, Baghdad. Situasi tegang antara 2 buah negara itu dikatakan berpunca daripada perang harga minyak.

Namun begitu, sehingga kini pentadbiran Trump tidak memberikan apa-apa maklum balas terhadap pengumuman Iran berkaitan dengan waran tangkap tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat