Iran Mengamuk Selepas AS Cuba Lanjut Tempoh Sekatan PBB?

481

Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik pada Khamis sehari selepas Amerika Syarikat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melanjutkan tempoh sekatan senjata terhadap Tehran iaitu dengan menggunakan cara ‘Snapback’.

Menteri Pertahanan Iran, Amir Hatami memberitahu bahawa dua peluru berpandu yang dilancarkan itu dinamakan sempena nama Jeneral Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis yang terbunuh ketika serangan udara AS pada Januari lalu.

Sehari sebelum itu, Washington telah mencetuskan resolusi untuk mengenakan semula sekatan (snapback) PBB ke atas Iran yang ditarik semula sebagai sebahagian daripada perjanjian nuklear 2015.

Amerika Syarikat dilaporkan telah menyerahkan surat kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB yang menuduh Tehran tidak mematuhi undang-undang, dan memulakan pengiraan 30 hari yang membolehkan kembalinya sekatan.

Walau bagaimanapun, usaha tersebut nyata tidak mendapat persetujuan oleh Majlis Keselamatan PBB dan negara-negara yang masih terlibat dengan perjanjian tersebut, di mana Washington hanya meraih sokongan daripada Republik Dominika.

Usaha pentadbiran Trump ditentang sekerasnya oleh Rusia dengan mengatakan hanya negara yang masih ada dalam perjanjian nuklear 2015 yang layak untuk melancarkan ‘snapback’, bukannya Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat