ISM: Sektor Perkhidmatan Amerika Syarikat Mencatat Pertumbuhan Terlemah Dalam Tempoh 3 Tahun!

298

Laporan yang dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan pertumbuhan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat bertumbuh dengan perlahan dan bukan itu sahaja pertumbuhan pekerjaan juga mencatat bacaan terlemah sejak Februari 2014.

Institute for Supply Management (ISM) melaporkan bahawa indeks aktiviti bukan pembuatan jatuh kepada 52.6 pada bulan September daripada bacaan 56.4 pada bulan Ogos. Bacaan tersebut tersasar daripada jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan bacaan 55.0. Bacaan yang dikecapi pada bulan September merupakan bacaan yang terlemah sejak Ogos 2016.

Bacaan yang mencatat melebihi paras 50 menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan sedang berkembang manakala bacaan dibawah paras 50 menujukkan penguncupan.

Indeks aktiviti perniagaan jatuh kepada 55.2 daripada bacaan 61.5. Bacaan bulan September juga tersasar daripada sasaran yang menjangkakan sasaran pada bacaan 59.0.Indeks pekerjaan jatuh kepda 50.4 daripada bacaan bulan sebelumnya iaitu 53.1. Bacaan bulan September ini merupakan bacaan terendah sejak Februari 2014.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 98.373 setakat jam 11.40 p.m

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat